Penciptaan Mickey Mouse
Awal terciptanya Mickey Mouse
Mickey Mouse dicipta sebagai pengganti Oswald the Lucky Rabbit, bintang terdahulu yang dicipta oleh studio Disney untuk Charles Mintz dari Universal Studios. Sebenarnya, wajah Mickey saat penampilan pertamanya banyak menyerupai Oswald. Apabila Disney meminta Mintz untuk belanjawan yang lebih bagi diri Oswald, Mintz mengumumkan bahawa beliau telah mengupah kebanyakan pekerja Disney tetapi Disney boleh meneruskan diri Oswald selagi beliau menyetujui dengan potongan belanjawan itu dan membayarnya. Mintz memiliki Oswald dan menyangka beliau telah mengambil kesempatan terhadap Disney. Ini memarahkan Disney yang kemudiannya menolak tawaran tersebut lalu kembali ke California untuk menerbitkan kartun-kartun terakhir Oswald yang dihutangkan kepada Mintz mengikut kontrak antara mereka. Disney tertipu oleh pengkhianatan pekerja-pekerja beliau namun tekad untuk memulakan kerjayanya semula. Studio Disney yang baru dahulunya merangkumi animator Ub Iwerks dan seorang perantis yang setia, Les Clark. Saat pengajaran yang dipelajari Disney daripada pengalaman ini adalah untuk senantiasa memastikan bahawa beliau memiliki semua hak milik terhadap watak-watak yang diterbitkan oleh pekerjanya

Tidak ada komentar:
Posting Komentar